Cenderamata Perkahwinan

Ejen / Pengedar

Menu | Latar Belakang | Produk | Harga | Ejen | Lokasi | Polisi | Hubungi

Adakah anda berminat untuk menjadi ejen kami? Jika ya, kami mempunyai program perniagaan yang menguntungkan untuk anda!
 
Untuk menjadi EJEN kami, berikut adalah terma-termanya:-
 

1) Mestilah membayar sebanyak RM100 dimana RM90 akan digunakan untuk pembelian samples yang merangkumi Koleksi Bunga Sabun dan Koleksi Bunga Kristal dan RM10 akan digunakan untuk kos penghantaran menggunakan perkhidmatan Skynet. Kos penghantaran RM10 akan ditolak jika ejen mahu mengambil sendiri samples di kedai kami dan nilai ini akan ditambah bagi mencukupkan RM100 untuk jumlah samples. Bagi ejen yang ingin mendaftar dari Sabah, Sarawak dan negara-negara lain, kos penghantaran mengikut lokasi penghantaran. Pembelian stok permulaan akan ditawarkan pada harga wholesale yang boleh didapati dengan menghubungi kami.

2) Stok permulaan tersebut boleh digunakan untuk dipromosikan kepada pelanggan, dijual sebagai samples, untuk Shelf-display bagi mereka yang mempunyai kedai, atau diambil gambar bagi membuat katalog atau sebut harga sendiri.

3) Komitmen anda sebagai ejen adalah hanya setakat ini, dan selepas itu, anda tidak ada sebarang kewajiban untuk membeli stok secara regular seperti setiap bulan, 3 bulan, 6 bulan mahupun setiap tahun. Hanya buat tempahan dengan kami jika anda mendapat permintaan daripada pelanggan anda.
 
4) Segala pembayaran boleh dilakukan samada dengan bank-in, pembayaran secara online melalui Maybank atau CIMB, ataupun secara cash semasa mengambil barang di Hotel Blue Wave sahaja. Selepas penerimaan duit, tempahan akan tiba dalam 2-3 hari bekerja untuk di Semenanjung Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran Skynet.
 
5) Kos penghantaran adalah ditanggung sendiri oleh ejen dan hanya akan diberikan percuma untuk pembelian RM500 keatas sahaja. Kadar kos penghantaran ialah RM10.00 untuk 3kgs pertama untuk Semenanjung Malaysia (kecuali kawasan terpencil) dan bagi kawasan-kawasan lain, akan diberikan mengikut lokasi. Sentiasa hubungi kami terlebih dahulu untuk memastikan stok yang ingin ditempah cukup sebelum memberi kata putus kepada pelanggan anda.
 
 
 
 
Mudah bukan? Jika berminat, sila hantarkan butir-butir diri atau syarikat anda kepada kami seperti lokasi perniagaan, alamat lawan web jika ada, dan lain-lain yang berkaitan ke fairus1001us@hotmail.com dengan tajuk "Berminat menjadi ejen/Pengedar". Bagi mereka yang ingin mendapatkan idea tambahan atau membincangkan secara lebih lanjut, boleh hubungi saya di talian dibawah.
 
Selamat Maju Jaya!
 
Fairus Ahamed
012-6027834
 
 
                  ~Perniagaan ini adalah 100% milik bumiputra~