Cenderamata Perkahwinan

Polisi Kami

Menu | Latar Belakang | Produk | Harga | Ejen | Lokasi | Polisi | Hubungi

Penghantaran

Kami akan cuba untuk menghantar barangan kami secepat mungkin agar anda boleh mengurangkan ketegangan bagi persiapan perkahwinan. Kami menghantar barangan kami dengan penampungan 100% kos penghantaran oleh pembeli. Cara yang kami gunakan untuk menghantar barangan anda ialah dengan menggunakan perkhidmatan Skynet. 

Objektif kami dalam menjalankan perniagaan ini adalah untuk menawarkan harga yang murah dan mengurangkan kos-kos sampingan. Kami amat menggalakkan agar anda mangambil sendiri barangan yang ditempah di kedai  kami bagi mengurangkan kos dan tempoh penghantaran bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.


Pulangan

Barangan cendermata kami adalah berkualiti tinggi dan boleh tahan lama. Walau bagaimanapun kerosakkan minor atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan adalah memang umum. Kami membenarkan anda menukar barangan-barangan yang didapati rosak dalam tempoh 3 (Tiga) hari dan kami sedia menukarkannya kepada yang baru. Jika tidak mempunyai stok, kami memberi anda pilihan untuk menggantikannya dengan barangan kami yang lain.  

Pembelian

Pembelian boleh dilakukan secara email atau menempah dikedai kami. Pembayaran wang deposit sebanyak 10% harus dibuat dan selebihnya boleh diselesaikan semasa pengambilan barangan. Barangan yang dipamerkan di kedai adalah hanya sebagai contoh. Harga yang diletakkan adalah harga jualan di hotel, dan bukannya harga borong yang dipromosikan kepada anda. Semua urusan perniagaan akan mengikut harga seperti yang terdapat di halaman harga. 

Anda mempunyai sebarang soalan? E-mail kami di:

Fairus1001us@hotmail.com