Cenderamata Perkahwinan

Latar Belakang Kami

Menu | Latar Belakang | Produk | Harga | Ejen | Lokasi | Polisi | Hubungi

Falsafah Perniagaan Kami

Kami berpegang teguh dengan falsafah perniagaan kami iaitu memberikan produk yang terbaik dan perkhidmatan yang efektif. Tiada perniagaan yang boleh berkembang maju tanpa kesetiaan dan kepuashatian para pelanggan, jadi kami sedia memberikan anda yang terbaik agar anda mendapat nilai yang tertinggi buat mata wang anda.

Pekerja Kami

Kami adalah pengimport dan pemborong bagi perniagaan ini. Kami percaya dengan adanya ramai pekerja, barangan yang ditawarkan pastinya lebih mahal kerana kami harus membayar gaji pekerja kami. Jadi kami mempunyai hanya dua orang pekerja yang kedua-duanya ialah rakan niaga perniagaan ini. Kami adalah pengimport, pemilik, pemborong,pengedar, penjual dan kesemuanya. Kami sanggup bersusah, agar barangan yang ditawarkan tidak mahal dan mampu dimilki oleh semua.

Pembekal Kami

Kami mempunyai hubungan perniagaan cenderamata perkahwinan dengan pelbagai pengilang dari pelbagai negara. Antara negara-negara yang kami berhubung ialah China, Turkey, Indonesia dan banyak lagi. Kami hanya mengambil barangan daripada pengeluar atau pengilang sahaja bagi mendapatkan dengan harga yang murah. Hampir kesemua pengilang kami sudah berkecimpung dalam perniagaan ini lebih 10 tahun dan kebanyakkan barangan mereka adalah yang terkini dan disukai ramai.
 
 

Sejarah Penubuhan

Syarikat kami ditubuhkan pada tahun 2004 dengan modal yang kecil sahaja. Penubuhan awal sekadar untuk menjual secara kecil-kecilan sahaja tetapi dengan sambutan yang hangat dikalangan pelanggan dan ejen, kami telah melebarkan rangkaian pengedaran kami ke seluruh Malaysia dan mempunyai ramai ejen tetap yang bergerak secara aktif. Kini kami mempunyai stok sedia ada yang banyak untuk dibekalkan dan diedarkan ke seluruh Malaysia. Kami juga telah berjaya membuka perniagaan baru dimana kami mengimport kain kebaya asli dari Indonesia dan dijual di laman web berasingan iiatu di http://kingofkebaya.blogspot.com . Jangan terlepas melayari laman web ini kerana kami menawarkan pelbagai koleksi kebaya yang cantik pada harga yang MURAH! (Below market price)

Teknik Perniagaan Kami

Kami sedar bahawa kini terdapat terlampau banyak saudagar yang sudah berkecimpung dalam bidang perkahwinan ini. Kami mendapati bahawa ianya sangat susah untuk menembusi pasaran yang sangat kompetitif. Jadi kami hanya bermatlamatkan dengan keunikan untuk menembusi pasaran cenderamata perkahwinan. Kami, sebagai pengimport bumiputra, memilih dengan sangat teliti untuk memperkenalkan cenderamata terbaru di Malaysia bagi menghilangan kebosanan tetamu yang sering tidak menghargai cenderamata tipikal yang diberikan kepada mereka seperi potpuri, gula2, mengkuang, dan lain2. Jadi, kami sebagai pioneer dalam memperkenalkan cenderamata unik berbangga untuk memberikan lebih banyak pilihan yang unik kepada pelanggan kami!